Navigation

Thursday 19 April 2012

Kisah Pegawai TNB, Tukang Roti Dan Tuan Doktor



Elektrik dan Al-Quran


Ala,tak da elektrik pula..Baru nak tengok 30 minit bersama Ustaz Don!

Setiap bandar kini dihiasi dengan kemudahan elektrik. Malah, di corok kampung pun sudah mulanya bertebaran piring astro. Membuktikan betapa elektrik juga telah mula bertapak di tempat yang nun jauh disana.

Kita sememangnya tahu - kini ada para pegawai TNB yang memasang tiang dan kabel disetiap pelosok bumi Malaysia. Lalu disalurkan aliran elektrik ke setiap rumah. Hasilnya, elektrik tadi mula membasahi corong- corong peralatan elektronik dan turut menghantui jiran sebelah yang asyik beriang ria bersama astro ceria. Wah~~

Andai kata encik TNB tadi sengaja mematikan bekalan elektrik, pasti seluruh dunia mula diam seribu hasta. Malam mula diterangi pelita pijar, berkipaskan kayuhan tangan dan beradiokan bunyian kehidupan.

Alamak, bosannya hidup. Walhal selama ini kita bazirkan saja sumber tadi. Rugikan!

Begitulah dengan kehidupan manusia apabila Allah SWT telah menurunkan Al-Furqan kepada kita. Pusat kepada segala tenaga bagi kaum muslimin. Tetapi sayangnya, sumber kekuatan ini - kini dicampak keluar dari kehidupan kaum muslimin, sehinggakan hati mereka mula menjadi gelap penuh dengan kepura-puraan..Allahu rabbi~

Tapi siapa pegawai TNB tadi tu? Jawapannya mudah, Daie!


"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserab diri?' Tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang di antaramu dan dia ada permusuhan seolah-olah 
telah menjadi teman yang setia." (Fushilat: 33-34)


Tugas Seorang Daie

Terima kasih Mama Roti Boy sebab bongkarkan rahsia bakar roti tadi..

Siapa kata bakar roti itu mudah. Susah lagi pahit tahu! Mana tidaknya, Seorang tukang roti harus berdiri di depan tempat pembakaran roti, berpeluh-peluhan ketika api itu mula marak, sambil memasukkan potongan-potongan roti ke dalamnya. Setelah menunggu beberapa saat, ia mengeluarkan roti yang sudah masak dan membolak-balikkan yang belum masak. Setiap kali ada roti yang sudah masak, ia akan mengeluarkannya. Dan ada juga beberapa potong roti yang jatuh ke dalam api dan terbakar.

Itulah hakikat tugas seorang daie. Kita perlu mengerah keringat - dimulai dengan proses tajmi hinggalah ke proses tarbiyah. InsyaAllah, setelah selang beberapa waktu, pasti ada di antara mereka yang sudah disinari cahaya iman (inilah roti yang telah matang). Manakala roti yang masih belum matang, kita perlu menggunakan  idea yang kreatif super power untuk terus membolak-balikkan (mentarbiyah) mereka sehingga mereka mula menjadi matang. Inilah proses yang dinamakan "Give and Take".

Ingatlah, bukan semua roti yang kita cuba bakar dapat terhasil. Hal ini kerana pasti ada roti-roti yang terlepas dari ikatan kita, lalu ia terjatuh dan terbakar dengan mainan dunia. Dan kita hanya mampu berdoa agar mereka dapat kembali bersama kita. Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada yang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (Al-Qashash: 56)



First Step


Hey kamu disana! Ya, kamu yang disana tu. jangan lari. Walaupun kamu tu seorang doktor, tukang sapu sampah, tuan politik hatta tuan blog - kamu tak boleh lari dari tugas ni. Wahaha..pasti menyesal baca entry ni kan? =D

Aduh, tak da idea la,nak cakap apa ngan adik-adik baru ni… T.T

Sahabat, sememangnya sukar untuk mula mencemburi bidang ini, lebih-lebih lagi bila detik untuk kita mulakan proses tajmi'(berkenalan) bersama adik-adik baru (mad'u) sudah tiba. Wah, ini sumpah hardcore! Lebih pahit lagi bila kita tahu insan-insan yang ingin ditarbiyah berbeza tanahnya(yakni penerimaan) terhadap benda alah ni. Tapi ianya menjadi lebih mudah kalau kita mahu. Betulkan?

Cara-caranya? Tunggu jawapannya pada entry yang bakal menyusul nanti. InsyaAllah

faiza'azamta fatawakkal 'alaAllah..

p/s:
Kita harus memijak cactus yang berduri..bagi mencapai bintang di langit

3 comments:

  1. aritu terlepas tgk 30 mnt bersama ustaz don jugk! huhuhu

    ReplyDelete
  2. jzkk atas perkongsian..teruskan usaha ye wak...

    ReplyDelete
  3. http://itckampisjul08.blogspot.com/2010/05/seni-tarbiyyah-dan-dakwahfunun.html

    ReplyDelete