Navigation

Tuesday 10 April 2012

Freedom




Kebebasan..


Setiap manusia mempunyai tafsiran yang tersendiri tentang makna sebuah kebebasan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, rata-rata manusia membuat tafsiran bahawa kebebasan bermaksud:
 
     Bebas untuk membuat segala yang mereka suka -tidak kira baik ataupun buruk.

Tetapi, yang menjadi persoalan sekarang ini ialah - bagaimana caranya kita mahu mendapatkan kebebasan tersebut?  Adakah dengan harta benda? keturunan yang terbaik hatta dengan memeras ugut?

Lihat, kita mahukan kebebasan di alam kehidupan, tetapi pada masa yang sama kita tidak mampu untuk merungkap cara yang terbaik dalam mencapai kebebasan dalam kehidupan di dunia.

                                        Alah..nak pakai seluar singkat pun tak boleh!

Nama pun manusia. Bila Islam kata tidak, maka hati mula memberontak akibat dari hasutan syaitan..lalu mula mengatakan Islam tidak "open-minded". Yang lebih kronik bila ada manusia terus membabi buta melabel Islam menyekat kebebasan..Alahai~


Celupan Allah


Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepadaNya Kami menyembah..(2:138)


Kebuntuan kita dalam mencari solusi kepada masalah ini telah lama di"selesai"kan. Malah ianya telah tertulis di dalam sebuah kalam agung,al-Quran. Sibghahtullah ataupun celupan Allah merupakan senjata utama kepada isu kebebasan..tak percaya?

                                       Nah,celup keropok lekor ni dalam sos tu!

Sahabat, celupan Allah tidak seperti mencelupkan keropok lekor ke dalam sos. Sebabnya, celupan sos tadi  hanya mampu membasahi luaran sahaja, tidak pada dalaman. Sedangkan, celupan Allah turut membasahi hingga ke akar umbi manusia,yakni hati manusia. kalau begitulah erti celupan, kalau celup, mesti bahagian yang kena adalah yang luar je. indah kan bahasa syurga? kalau nak diterangkan dalam bahasa melayu, takkan dapat digantikan dengan satu perkataan sahaja.

                                    Hmm..sedapnya biskut kering cicah air teh ni ~

*Mari kita buat eksprimen ringkas bersama air teh dan biskut kering/gula. Jom!

Antum ambil biskut kering tadi, lalu dicelupkan ke dalam air teh yang superb panas itu. Lama-kelamaan, biskut yang keras tadi akan mula lembut.

Sahabat, bayangkan diri kita (roti kering/gula) tadi berada dalam celupan Allah(air teh)..Bila sudah lama berada di dalam sistem Islam, insyaallah hati kita akan terbiasa dalam sistem yang benar-benar membebaskan diri kita..


Mahu atau Malu

Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan."(5:100)

Misal kata penjual A ingin menjual Ipad Putih yang cantik diluar, tetapi rosak di dalam. Manakala penjual B menjual Ipad Putih, berserta dengan keadaan yang serba baik. Rasa-rasanya yang mana menjadi pilihan hati?

Sudah pasti dari peniaga B tadi. Kerana sejak azali lagi manusia mahukan yang terbaik buat dirinya. Begitu juga dalam konteks kehidupan kita - sama ada memililah jalan Islam ataupun jalan Jahiliyah.

Tidak ada pertengahan diantaranya..
Yang putih itu islam,Yang Hitam itu jahiliyah..kalau dicampurkan menjadi kelabu..Yek! Tidak menarik langsung!




Kesimpulan


Al-Quran bukanlah diturunkan sekadar suka-suka melainkan untuk mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan. Ikhlaskan hati kita untuk terus hidup di bawah bayangan al-Quran. Kerana ianya adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja.

Sama-sama kita terus berdoa agar tetap di dalam celupan Allah.InsyaAllah..

faiza'azamta fatawakkal 'alaAllah..

3 comments:

  1. menarik. a good start.
    menuggu entry setersunya dengan penuh sabar dan berhemah ;)

    ReplyDelete
  2. semoga mndapat celupan 'air teh' tu..
    :)

    ReplyDelete